Tuesday 2 August 2011

Anda rasa anda dimana??


FALSAFAH DALAM KERJA
( dipetik dari kata-kata hikmat oleh Prof. Di Raja Ungku Aziz....)
Rajin bekerja,malas bercakap-KENA BULI
Malas bekerja,rajin bercakap-WAYANG CINA
Malas bekerja,malas bercakap-TAK GUNA
Malas bekerja,suka mengadu- LANGAU (lalat hijau)
Malas bekerja,suka ponteng-LEBIH BAIK BERHENTI
Malas bekerja,suka termenung- LEBIH BAIK MATI
Rajin bekerja,rajin mengadu- KAKI BODEK
Rajin bekerja,rajin bercakap- BAGUS
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday 30 July 2011

Heartstrings...

     Kepada peminat cerita korea,anda boleh menyaksikan cerita ini di sini ye..Antara pelakonnyer ialah
Lee Hyun Jin dan juga Park Shin Hye..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday 15 June 2011

Biasiswa oh biasiswa????

     Adakah anda merupakan mahasiswa yang sedang mencari penaja pelajaran anda ? ataupun anda merupakan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menjejakkan kaki ke menara gading ?

Namun, disebabkan kos sara hidup yang tinggi dalam keluarga anda, ditambah pula dengan bilangan anak yang ramai, mungkin anda kurang berkemampuan menanggung penuh kesemua yuran pelajaran anak anda di universiti nanti. Melainkan anda sendiri mempunyai gaji mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.


Baiklah kepada saudara dan saudari sekalian.Sekiranya anda rasa buntu untuk memperolehi biasiswa atau pinjaman untuk melanjutkan pelajaran,saya ada satu jalan.Mungkin bukan saya yang dapat membantu anda,tetapi saudara Anwar Yassin mungkin dapat membantu anda untuk mendapatkan panduan bagaimana untuk memperolehi pinjaman atau biasiswa dengan cara yang berkesan dan mudah.Untuk maklumat yang lebih lanjut.Sila klik disini.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday 14 June 2011

     Hampir 400 ribu orang yang melihat videonyer....Siapakah DIA ini????



Apakah pendapat anda mengenai sahabat ini...LIHAT video dibawah lagi sekali..



sekiranya anda mengetahui serba sedikit mengenai sahabat ini...jangan lupa sharing pendapat anda di sini ye..
 terima kasih kerana sudi menonton..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday 13 June 2011

Mengapa blog AKU ber TEMA kan beautiful....

erm...sorry laa kepada kawan2 yg baru melawat dekat blog aku nie.. mmg x cantik pon blog aku nie ag..proses belajar lagi ni..hehe..sebenarnye memang pening nak fikir buat tema ape kat blog ni..tp maklum laa..bdk mentah lagi dalam berblogging ni..tp apabila fikir punye fikir..aku letak je laa perkataan BEAUTIFUL..
antara sebab2 nyer ialah:
1)kerana beautiful ni membawa maksud yg indah iaitu CANTIK...kan3..sapa yg x suka benda2 cantik nie..
   hehehe...
2)kerana beautiful membawa mksd yg pelbagai..sama ada cantik dr segi rupa or peribadi seseorang..
   bergantung kepada kita yg menilainyer..
3)kerana aku nie lelaki..so suka laa melihat benda2 yg cantik..hehe..
4)kerana perkataan BEAUTIFUL itu dapat mengingatkan aku ttg diri aku sendiri yg serba kekurangan
   ini...almaklum lah..nobody is perfect,rigth!!haha..ckp org putih jap..


itu hanya pendapat aku(sy)...tp bagaimana pula dgn pendapat anda semua mengenai tema blog2 anda....
apakah sbb anda meletakkan nama tersebut didalam blog anda...
renung2 kan..dan fikir2 kan ye..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday 6 June 2011

Allah mengurnia rahmat

SURAH Quraisy mengandungi empat ayat. Ia termasuk dalam surah Makiyyah dan diturunkan selepas surah al-Tin. Inilah pendapat jumhur ulama.
Ibn al-Jauzi dalam Zad al-Masir menyebut pendapat yang mengatakan surah ini diturunkan di Madinah sebagaimana pendapat al-Dahhak dan Ibn al-Sa'ib.
Hubungan surah ini dengan surah al-Fil
Kedua-dua surah itu mengandungi perbincangan tentang nikmat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada penduduk Mekah. Dalam surah al-Fil dinyatakan tentang musuh Allah SWT yang dibinasakan kerana ingin merobohkan Baitu al-Haram yang menjadi asas ketinggian dan kemuliaan mereka.
Dalam surah Quraisy pula disebutkan nikmat lain iaitu kesatuan dalam urusan dan kekuatan mereka agar mudah mengadakan perjalanan pada musim panas dan musim dingin dalam menjalankan urusan perniagaan dan mendapatkan bahan makanan.
Sehubungan itu, dengan adanya pertalian yang kuat antara kedua-dua surah, Ubay Ibn Ka'ab memandang kedua-duanya sebagai satu surah sehingga diriwayatkan daripadanya bahawa dia tidak memisahkan antara kedua-dua surah tersebut dengan Basmallah.
Firman Allah SWT: Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy. (Iaitu) kebiasaan mereka berpergian pada musim dingin dan musim panas.
Al-Mawardi berkata: Perkataan ilaf memberi maksud adat dan tafsiran ayat ini mempunyai empat pendapat:
i. Nikmat-Ku terhadap kaum Quraisy kerana nikmat Allah yang banyak dikurniakan kepada mereka. Inilah pendapat Ibn Abbas dan Mujahid.
ii. Allah menjadikan golongan Quraisy dalam kebiasaan yang baik, khususnya musafir. Inilah pendapat al-Khalil bin Ahmad.
iii. Keadaan nikmat orang Quraisy yang dapat menguasai Tanah Haram, di samping mengimarahkan rumah Allah. Inilah makna pendapat al-Hasan.
iv. Ia kembali kepada tradisi orang Quraisy melakukan pelayaran pada musim sejuk dan panas dalam mendapat kemewahan hasil perniagaan. Inilah pendapat Makhul.
Al-Maraghi berkata: Oleh yang demikian, hendaklah orang Quraisy menyembah Tuhannya sebagai tanda bersyukur terhadap nikmat dijadikan-Nya mereka sebagai kaum pedagang yang berkelana jauh ke negeri-negeri yang tidak mempunyai tumbuhan dan binatang ternakan.
Mereka mempunyai dua musim pengembaraan iaitu ke Yaman pada musim dingin untuk mencari minyak wangi dan rempah-rempah yang didatangkan dari negeri-negeri India dan Teluk Parsi ke Yaman dan negeri Syam pada musim panas untuk mencari hasil bumi yang akan dibawa pulang ke negeri mereka yang tidak mempunyai hasil bumi.
Orang Arab selalu menghormati mereka dalam perjalanannya kerana mereka jiran tetangga dan penduduk Tanah Haram-Nya serta para penguasa Kaabah. Disebabkan itu, mereka pergi dan pulang dengan aman dan pulang dengan selamat, tidak ada sebarang gangguan meskipun sering berlaku rampasan dan rompakan di kalangan orang Arab.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday 5 June 2011

hari pertama posting di blog..

owh no..this is my first time aku tulis post..klakar laa plak..tp xpe laa..sbb saban hari..aku asyik dok ngadap org lain punyer blog jew..aku x penah terfikir plak nk wat blog and post2 mcm nie..tp ntah kenape..arie nie aku nk post jgk laa..sbb nk bljr wat blog punyer pasal..haha..nk test market laa ktekan..bukannyer ape..aku tgk byk manfaatnyer kalo kita pndai buat blog nie..kita dpt share ilmu yg kita dpt ngn org lain and so on..so starting from today,,aku nk try laa jgk buat blog nie dgn lebih mendalam..arap2 ade perubahan terhadap ilmu mengenai blog yg aku telah pelajari..Amiinn...
ermm..kpd shbt2 yg sudi membaca blog aku nie..arap2 korg jgk membuka satu akaun blog yerk..cuba jew mcm aku nie yg x bpe nk pndai wat blog ag nie..biase lah..bdk baru nk bljr laa ktekan..tp yg dh ade blog,,arap2 kita ley jd shbt yg  dpt kongsikan segala ilmu yg bermanfaat bersama...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed