Sukan

LONDON - Jurulatih England, Fabio Capello memberi alasan sama iaitu keletihan menjadi punca pasu- kan itu sekadar seri 2-2 dengan Switzerland pada aksi kelayakan Euro 2012 di Stadium Wembley awal pagi semalam.
Dua jaringan Switzerland menerusi Tranquillo Barnetta pada babak pertama berjaya dipadam oleh Frank Lampard dan Ashley Young tetapi England masih gagal mencari gol kemenangan di hadapan penyokong sendiri.
"Pada keadaan ini, apa yang kurang adalah tenaga para pemain. Lihat sahaja para pemain Switzerland, begitu segar. Musim bola sepak domestik mereka berbeza.
"Pada babak kedua, kami beraksi tidaklah teruk sangat dan pemain memberi reaksi yang positif. Kami memiliki tiga peluang terbaik untuk menjaringkan gol.
"Tetapi pada penghujung 10 minit terakhir permainan, beberapa pemain tampak sudah keletihan. Ia satu musim yang panjang buat para pemain England.
"Sememangnya beraksi pada bulan Jun sesuatu yang sukar bagi kami kerana para pemain baru saja menghabiskan saingan liga domestik," kata Capello.
Berbaki tiga lagi perlawa- nan, England bakal berdepan Montenegro untuk merebut kedudukan teratas dalam Kumpulan G.
Kedua-dua pasukan kini berkongsi 11 mata dengan England di tangga teratas menerusi kelebihan perbezaan gol. - Agensi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed